-->
Blog azmah

TOKOH ISLAM

                    UTSMAN BIN AFFAN


Utsman bin Affan adalah sahabat nabi dan juga kahlifah KETIGA dalam Khulafah Ar-Rasyidin. Beliau dikenali sebagai "pedagang kaya raya dan ekonomi yang handal lagi sangat dermawan". Ia mendapat julukan Dzunnurain yang bererti yang memiliki dua cahaya mata, kerana utsman telah menikahi puteri kedua dan ketiga Rasulullah SAW iaitu Ruqayah dan Ummu Kaltsum. Beliau lahir pada 574 masehi dari golongan Bani Umayyah. Nama ibu beliau ialah Arwa binti Kuriz bin Rabiah. Beliau masuk islam atas ajakan Abu Bakar dan termasuk golongan Assabiqunal Awwalun (golongan yang pertama memasuki islam).


Pada saat Perang Dzatirrika dan Perang Ghatfahan berkecamuk. dimana Rasulullah SAW memimpin perang, utsman dipercayai menjabat walikota Madinah. Saat perang Tabuk, Utsman mendermakan 1000 ekor unta dan 70 ekor kuda, ditambah 1000 dirham sumbangan peribadi  untuk perang Tabuk, nilainya sama dengan sepertiga biaya perang tersebut. Utsman bin Affan juga menunjukkan kedermawaannya tatkala membeli sumur yang jernih airnya dari seorang Yahudi seharga 200.000 dirham yang kira-kira sama dengan dua setengah kg emas pada waktu itu. Sumur itu beliau wakafkan untuk kepentingan rakyat umum. Pada masa pemerintahan Abu Bakar, Utsman juga pernah memberikan gandum yang diangkut dengan 1000 unta untuk membantu kaum miskin yang menderita di musim kering.


Setelah wafatnya Umur bin Khatab sebagai Khalifah kedua, diadakan musyawarah untuk memilih khalifah selanjutnya. Ada enam orang calon khalifah yang diusulkan iaitu Ali bin Abi Thalib, Uthman bin Affan, Abdulrahman bin Auf, Sa'ad bin Abi Waqas, Zubair bin Awwam, dan Thalhah bin Ubaidillah. Selanjutnya Abdulrahman bin Auf, Sa'ad bin Abi Waqas, Zubair bin Awwam, dan Thalhah bin Ubaidillah mengundurkan diri, yang tinggal hanya Ali bin Abi Thalin dan Utsman bin Affan. Suara masyrakat pada masa itu cenderung memilih Utsman bin Affan menjadi khalifah ketiga. Maka diangkatlah Utsman yang berumur 70 tahun menjadi khalifah ketiga dan yang tertua. Peristiwa ini terjadi pada bulan Muharram 24 H. Utsman menjadi khalifah di saat pemerintahan Islam telah betul-betul mapan.


Beliau adalah khalifah kali pertama yang melakukan perluasan masjid al-Haram(Mekkah) dan masjid Nabawi(Madinnah) kerana semakin ramai umat Islam yang menjalankan rukun islam kelima (haji). Beliau mencetuskan idea polisi keamanan bagi rakyatnya, membuat bangunan khusus untuk mahkamah dan mengadili perkara yang sebelumnya dilakukan di masjid, membangunkan pertanian, menaklukan Syiria, Afrika utara, Persia, Khurasan, Palestina, Siprus, Rodhes, dan juga membentuk angkatan laut yang kuat. Jasa beliau yang paling besar adalah saat mengeluarkan kebijaksanaan mengumpulkan Al-Quran dalam satu MUSHAF.
Dicatat oleh A.Z.M.A.H di 18:24
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 ulasan:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

My love


glitter-graphics.com

Demi masa

DEMI MASA!!! sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kebenaran...

Blog Archive

  • ►  2012 (4)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (9)
    • ►  December (1)
    • ▼  October (8)
      • Romentiknya Rasulullah saw ^_^
      • untukmu wanita
      • Di sebalik kemodenan dunia
      • Assalamualaikum wbt ^___^.. saya mahu berkon...
      • KATA - KATA HIKMAH ^_^
      • TOKOH ISLAM
      • Jalan mana yang anda pilih??
      • Renungan bersama ^__^

Tentang diriku

Azmah binti Aede
08 APRIL
In Love with Allah
Daisypath Happy Birthday tickers
KENANGAN BERSAMA-SAMA KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN ^_^

Rumah Allah


glitter-graphics.com

Doa dari sahabatmu

Doa dari sahabatmu
Smoga brjaya mnjadi gadis mulia, semulia diri Maryam… Smoga brjaya mnjadi wanita faqihah, sebijak minda Aisyah… Smoga brjaya mnjadi perempuan tabah, setabah hati Asiah… Smoga brjaya mnjadi serikandi kebanggaan, sehebat jiwa Sumayyah… Smoga brjaya mnjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah… Smoga brjaya mnjadi isteri solehah, sebaik budi Khadijah… Smoga brjaya mnjadi wanita & kekasih yang cintakanTuhanmu…


MARI JOIN BLOG NIE

Era.fm

Picture Window theme. Powered by Blogger.