-->
Blog azmah

katakan tidak kepada perkenalan di FACEBOOK




Facebook saluran perangkap-myMetro


>>>berhati-hatilah dengan janji manis lelaki/perempuan yang menaburkan janji manis utk bercinta dan menjanjikan sesuatu pulangan lumayan kepada anda kerana ramai yang sudah terkena...so waspada selalu...baca dan share


RAMAI yang menginginkan cinta sejati. Namun, ramai juga yang tersungkur dek terlalu mengagungkan cinta sehingga tidak sedar perkara yang dikorbankan demi pasangan.

Masing-masing mempunyai definisi tersendiri mengenai cinta. Manis, masam, pahit dan masin, semuanya ada. Namun, berbeza pula maksudnya dengan golongan yang gemar menggunakan cinta secara sengaja untuk memperdaya mangsa sehingga membawa penderitaan berpanjangan.

Biasanya mereka sanggup mempermainkan perasaan pasangan yang sengaja dilakukan atas tujuan jenayah dengan memerangkap mangsa untuk dijadikan sebagai ‘keldai dadah’.

Perlu difahami maksud keldai dadah adalah seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi pembawa dadah ataupun pelbagai barang seludup yang lain secara haram dan tersembunyi ke negara lain.


Kerana cinta, mangsa sanggup melakukan apa saja semata-mata ingin menjaga hati pasangan mereka sehingga ada yang rela membawa dadah ke luar negara untuk diserahkan kepada sindiket lain. Apabila tertangkap, barulah sedar dan menyesal kerana mengikut kata hati.


Menurut penceramah bebas, Norita Azmi, sindiket dadah bijak menggunakan pelbagai cara, ditambah dengan zaman teknologi hari ini bagi menarik perhatian mangsa untuk memperdaya mereka.

“Apatah lagi, laman sosial facebook semakin digemari oleh kebanyakan masyarakat �tidak mengenal usia. Ini membuatkan mereka menjadi�kan saluran itu sebagai alat �memperdaya mangsa.

“Biasanya ahli sindiket antarabangsa akan menggunakan laman sosial itu untuk menarik perhatian mereka yang mudah tertipu.

“Statistik yang dipetik daripada laporan disiarkan televisyen tempatan menunjukkan sejumlah 19 mangsa iaitu lelaki dan perempuan menjadi keldai dadah pada 2011 selepas berkenalan di facebook.

“Selain itu, mereka menggunakan lelaki tempatan untuk mencari kenalan wanita dan seterusnya memikat mangsa sehingga jatuh cinta.

“Kesempatan itulah yang digunakan oleh sindiket terbabit untuk menjanjikan pelbagai peluang menarik dan menabur janji manis untuk memperdayakan mangsa.

Fakta

Modus operandi:

● Sindiket dadah antarabangsa pada era kini bijak dengan menggunakan saluran baru atau popular seperti laman sosial facebook untuk merekrut wanita tempatan.

● Terdapat juga sindiket yang menggunakan lelaki tempatan untuk mencari kenalan wanita dan memikat mereka sehingga jatuh cinta.

● Ada juga sindiket yang melantik wanita untuk merekrut anggota baru menjadi keldai dadah.

Mangsa yang dikenal pasti mudah terjebak untuk menjadi keldai dadah:

● Wanita tempatan
● Pelajar
● Janda atau ibu tunggal
● Pekerja berpendapatan rendah

Wisma Putra menggariskan lima langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa:

● Menentukan status dan memeriksa latar belakang majikan.

● Berwaspada dengan tawaran ‘wang mudah’ yang tidak diminta.

● Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang tidak diketahui.

● Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat.

● Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang disyaki kesahihannya.

● Jangan berkorban apa saja demi cinta.
Dicatat oleh A.Z.M.A.H di 17:49 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KISAH RABIATUL ADAWIYAH




Kisah Rabiatul Adawiyah


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]
Dicatat oleh A.Z.M.A.H di 03:04 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

katakan tidak kepada APRIL FOOL!!

April Fool? Bukan Untuk Kita!


April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.


April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?

Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Namun begitu, dukacita saya tanyakan, adakah kita semua tahu rahsia di sebalik April fool dan tidak marayakannya atau adakah kita hanya mengikut budaya barat dan menyambut perayaan ini?

Jika jawapan kita yang kedua. Maka kita adalah yang tergolong dalam golongan yang rugi. Kita adalah fool yang sebenarnya dan apa yang kita tahu hanyalah meniru perbuatan orang barat tanpa menyelidik itu dan ini semata. Oleh yang demikian, berhentilah mejadi orang yang menurut dan terikut-ikut sahaja,jadilah orang yang hebat,yang membina revolusi dan jauhkanlah diri kita dari di'fool'kan

Dalam sabda Rasulullah S.A.W pun, baginda akan bersabda mengenai perbuatan menikut-ikut ini.

"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?"
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

April Fool ini tidak lain tidak bukan cumalah hari yang mendatangkan kerugian. jelas sekali impak perayaan ini adalah perkara yang buruk sahaja. Sesiapa sahaja pasti akan marah jika diperbodohkan,Malah ada banyak laporan yang menyatakan perbuatan ini ada yang menyebabkan saudara-mara mahupun kawan yang membunuh orang yang menipu kerana tidak dapat mengawal emosi.Bukan itu sahaja, April fool ini jelas sekali boleh menyebabkan seseorang akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain. Pemikiran pun asyik bergfikir yang negatif sahaja mengenai orang lain.

Konklusinya, April Fool ini sudah terbukti tidak mempunyai apa-apa yang menarik dan mendatangkan faedah untuk kita sambut.

Jadi, Say No to April Fool!!
Dicatat oleh A.Z.M.A.H di 02:56 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Valentine Day Menurut Pandangan ISLAM


Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada bulan Februari yang disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di seluruh pelusuk dunia bahkan di Malaysia turut menerima tempiasnya. Sebelum menjelangnya 14 Februari setiap tahun, di mana-mana kita dapat lihat iklan-iklan yang mempromosi Valentine Day ini dan kadang-kadang masyarakat Islam turut meraikannya tanpa mengetahui sejarah di sebalik Valentine Day.
Sejarah Valentine
Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.
Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.
Secara kesimpulannya Valentine Day ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.
Pandangan Islam
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?
Mari kita renungkan Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Dicatat oleh A.Z.M.A.H di 04:00 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

My love


glitter-graphics.com

Demi masa

DEMI MASA!!! sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kebenaran...

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  April (3)
      • katakan tidak kepada perkenalan di FACEBOOK
      • KISAH RABIATUL ADAWIYAH
      • katakan tidak kepada APRIL FOOL!!
    • ►  January (1)
      • Valentine Day Menurut Pandangan ISLAM
  • ►  2011 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (8)

Tentang diriku

Azmah binti Aede
08 APRIL
In Love with Allah
Daisypath Happy Birthday tickers
KENANGAN BERSAMA-SAMA KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN ^_^

Rumah Allah


glitter-graphics.com

Doa dari sahabatmu

Doa dari sahabatmu
Smoga brjaya mnjadi gadis mulia, semulia diri Maryam… Smoga brjaya mnjadi wanita faqihah, sebijak minda Aisyah… Smoga brjaya mnjadi perempuan tabah, setabah hati Asiah… Smoga brjaya mnjadi serikandi kebanggaan, sehebat jiwa Sumayyah… Smoga brjaya mnjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah… Smoga brjaya mnjadi isteri solehah, sebaik budi Khadijah… Smoga brjaya mnjadi wanita & kekasih yang cintakanTuhanmu…


MARI JOIN BLOG NIE

Era.fm

Picture Window theme. Powered by Blogger.